BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 17 October 2011

PENGENALAN DAN PERANAN TEKNOLOGI DALAM PEKERJAAN

Seringkali kita mendengar ungkapan teknologi, namun tahukah anda apakah itu teknologi? Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Ianya boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Perkataan teknologi berasal daripada perkataan Latin dan Yunani iaitu ‘Teknos’ dan ‘Logos'  atau  yang bermaksud teknik dan kaedah atau 'Techne' bermaksud seni atau kerajinan tangan. Finn(1960) menganggap teknologi sebagai penggunaan mesin semata-mata tetapi ditolak oleh Heinich, Molenda dan Rusell(1993) melalui pandangan bahawa teknologi adalah satu proses, kaedah dan idea dan bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Menurut Galbraith(1967) pula, teknologi merupakan suatu kemahiran menggunakan pengetahuan samada saintifik mahupun tidak secara tersusun sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. 
 

Lebih menarik lagi teknologi dikatakan telah wujud sejak Zaman Awal iaitu zaman manusia dikatakan wujud di dunia. Menurut kajian Paul Bahn iaitu seorang ahli arkeologi, beliau mendapati teori para  saintis evolusionis yang mengatakan tidak wujudnya sebarang teknologi untuk menghasilkan peralatan di zaman manusia primitif adalah bercanggah dengan bukti dan logik. Mereka dianggap hanya menggunakan batu dalam menghasilkan sebarang peralatan untuk kegunaan kehidupan seharian. Namun, teori ini disangkal oleh Bahn melalui bukunya yang bertajuk Archaeology: A Very Short Introduction menerusi kajian dan pemerhatian terhadap beberapa artifak yang halus seninya dimana berdasarkan kajian mendapati perlu mengambil waktu yang lama untuk menghasilkan peralatan menggunakan batu dan teori  para evolusionis tersebut adalah salah serta tidak disokong bukti saintifik yang kukuh. 

Terdapat beberapa jenis teknologi dan pelbagai rupa bentuk teknologi yang telah mengalami proses inovatif apabila ia dibangunkan dan dipertingkatkan melalui penambahbaikan hasil daripada daya cipta pereka yang inovatif, berimaginasi tinggi dan kreatif. Antara teknologi tersebut ialah teknologi komunikasi, pendidikan, perubatan, dan pelbagai teknologi lain yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan sememangnya memudahkan manusia sejagat. Mengambil teknologi komunikasi sebagai contoh mudah dan ringkas di dalam penciptaan dan perkembangan sesuatu jenis teknologi atau evolusi teknologi tersebut. Evolusi teknologi komunikasi bermula daripada penulisan kertas dan percetakan di Asia Tengah dan China, kemudiannya dikembangkan oleh pedagang Arab melalui penggunaan teknologi blok kayu untuk mencetak. 

Seterusnya ketika Revolusi Perindustrian, teknologi komunikasi semakin berkembang melalui penciptaan mesin percetakan oleh Johannes Gutenberg pada kurun ke 15 dan telah menyebabkan penerbitan bercetak terus mengalami arus inovasi dan modenisasi menghasilkan majalah, suratkhabar, artikel dan pelbagai lagi bahan bercetak yang boleh dilihat pada masa ini. Dibantu oleh proses globalisasi, teknologi komunikasi terus mengalami pemodenan dan terciptalah alat elektronik seperti televisyen, radio, satelit, dan telefon membolehkan semua manusia terus berhubung dan menurut pandangan Schiller (2000) perkembangan teknologi mewujudkan kapitalisme baru berasaskan maklumat dimana ia menghasilkan peluang pekerjaan yang baru dan mengurangkan kadar pengangguran. Menerusi video di bawah, dapat kita lihat betapa teknologi memberi peranan besar dalam dunia pekerjaan.
Di Malaysia, usaha bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir untuk menyediakan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan mengkomersialkan penggunaan komputer telah membantu meningkatkan sistem komunikasi dan pendidikan negara sekaligus menyaksikan pertambahan masyarakat bermaklumat dan celik IT apabila komputer mula digunakan oleh para pelajar di sekolah-sekolah dan universiti. Manakala, teknologi lain seperti teknologi pendidikan banyak membantu masyarakat mencapai sistem pendidikan yang lebih baik dengan kewujudan internet dan 'video converence' yang boleh digunakan para pelajar untuk mendapatkan sesuatu info dan maklumat berguna dalam menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah mereka malah memberi peluang kepada golongan bekerja dalam melanjutkan pelajaran dan membantu mereka mengurangkan kos dan masa bagi pelajar yang mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) disebabkan faktor kekangan masa bekerja. Teknologi lain seperti perubatan yang semakin canggih membantu pesakit mendapatkan rawatan yang berkesan manakala teknologi kejuruteraan pula telah mengembangkan dan menambahbaikan kualiti sesuatu peralatan moden pada masa ini.  

 Selain itu seperti yang kita ketahui, teknologi memberikan berperanan besar dalam bidang pekerjaan dan banyak kebaikan diperoleh masyarakat seluruh dunia dalam kehidupan dan pekerjaan seharian mereka dimana mereka mudah dan bebas untuk mencari dan berkongsi maklumat sesama keluarga atau rakan sekerja. Pendekatan menurut Castells tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya.Melalui penciptaan pelbagai teknologi yang boleh digunakan dalam pekerjaan manusia seperti internet, komputer dan mesin-mesin canggih yang membantu kerja manusia di kilang atau pejabat, maka pelbagai jenis kerja manusia dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi juga berperanan merapatkan jurang antara negara melalui rangkaian akses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat dan juga dipanggil sebagai Global Village menurut Marshall McLuhan(1960) dan mengubah masyarakat menjadi lebih bermaklumat.
Peredaran teknologi telah memberi perubahan pendekatan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan apabila pelbagai informasi dan akses dalam mencari maklumat berkenaan sesuatu pekerjaan dapat digunakan oleh masyarakat secara meluas dan kini dikatakan hanya dihujung jari sahaja melalui penggunaan internet. Manakala, bagi pihak majikan pula, kelebihan yang bakal mereka nikmati adalah mudah untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan yang berkualiti pada kos yang rendah apabila menggunakan faedah teknologi internet dalam mempromosikan syarikat disamping dapat mempelbagaikan cara untuk mengiklankan pekerjaan mereka seperti penggunaan website dan agensi-agensi pekerjaan. Melalui video di atas, anda dapat melihat betapa teknologi sangat penting dalam kehidupan manusia dan memberi banyak faedah. Teknologi juga berperanan dalam mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi ialah seperti 'Computer Programmers’, ‘System Analyzers’, ‘Hardware and Software Developers’ dan ‘Web Designer’.

Kesimpulannya ialah dengan adanya teknologi masyarakat kini menjadi semakin bermaklumat apabila masyarakat dapat menyalurkan informasi ke seluruh masyarakat dunia yang memiliki teknologi komunikasi. Seterusnya masyarakat dapat diseimbangkan melalui perkongsian kepakaran bagi menyelesaikan permasalahan berlaku samada dari segi perubatan, perniagaan dan sebagainya. Walaupun teknologi telah memberi banyak kebaikan namun terselit beberapa keburukan didalamnya yang harus kita waspadai seperti imperialisme budaya melalui media yang boleh mengawal minda dan perlakuan kita secara halus tanpa kita sedari (Schiller,1990).

 
Sumber Rujukan/Bibliografi:
http://simpulilmu.com/?pg=articles&article=57027, http://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%203%203C.doc
http://www.indiana.edu/~molpage/Instruc_Technol_Encyclo.pdf
http://jtpkrajang.files.wordpress.com/2011/06/modul-edu3105.pdf
http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/zaman_batu/zaman_batu_02a.php,
BookReview, 'Kapitalisme Digital: Jaringan Sistem Pasar Global')' , Media Ekonomi, Schiller (2000)
http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=555/Mahathir_bin_Mohamad
The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man (1962) and Understanding Media, Marshall McLuhan, (1964)
The Rise of the Network Society, The Information Age: Economy, Society and Culture Vol. Castells, Manuel (1996)

Beyond national sovereignty: international communication, Schiller (1990)


0 comments: