Teknologi Maklumat (IT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data serta membentuk komunikasi teknologi kini yang telah digitization. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga dikatakan bakal menjadi teknologi abad ke-21 yang akan memacu pembangunan sosial dan ekonomi negara. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi keberkesanan penggunaan program dan peralatan untuk mengakses, mengembalikan, menukar, menyimpan, menyusun, memanipulasi, dan mempersembahkan data dan maklumat (Gay dan Blades, 2005). Menyedari kepentingan ICT di masa hadapan, Malaysia harus mempergunakan sumber-sumber yang ada untuk menjadi kuasa besar dalam ICT. Selain itu, kini perubahan dalam pekerjaan lebih memerlukan tenaga mesin berbanding dengan tenaga manusia. Maka mesin telah banyak mengambil alih pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia.
Menurut kepada David Zimmerman terhadap CEO Hewlett-Packard dan IBM (1995), menyatakan bahawa kedua-kedua syarikat tersebut ingin mengabungkan teknologinya untuk menjadikan salah satu aktiviti perniagaan yang berjaya di peringkat dunia hingga ke hari ini. Sebelum ini, mereka hanya menjalankan aktiviti di sekitar eropah dan sebagainya, dan apabila menerima teknologi yang canggih yang mana lain dari yang lain maka kedua-dua syarikat tersebut berjaya menjalankan aktiviti perniagaan tersebut. Sebagai contohnya, seorang penganalisis telekomunikasi di Rutgers University di New Brunswick NJ, dan merupakan salah seorang pengguna Hewlett-Packard, beliau menyatakan "Saya menganggap HP telah menjadi salah satu teknologi rangkaian yang paling baik setakat ini." Dalam syarikat, IBM telah melabur $ 100 juta untuk membangunkan peralatan rangkaian yang cepat seperti, membawa data, suara transmission video menggunakan mod pemindahan asinkron (ATM) teknologi dan 4G. Apabila mengadaptasikan teknologi masa kini perniagaan beliau kian maju dan berjaya di peringkat globalisasi. Contoh lain seperti, Digital Equipment Corp merupakan salah satu anak syarikat HP yang membuat kemajuan dengan GigaSwitch, hub revolusi iaitu kelajuan menghantar data kepada pengguna lain(FDDI). FDDI konvensional memindahkan data sebanyak 100 Mbps, dengan beberapa saat dikongsi di antara pengguna lain dengan tersebar luas informasi yang membawa zero sum society.
Malaysia mempunyai banyak insan yang berbakat, tetapi terdapat kekurangan tenaga kerja mahir terutamanya seperti dalam bidang kejuruteraan, ICT dan teknologi tinggi. Justeru, kolaborasi dalam pembangunan sumber manusia di antara industri, organisasi sektor awam, dan akademik perlu diperkuatkan.
0 comments:
Post a Comment