BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 31 October 2011

PERDAGANGAN ELEKTRONIK (E-COMMERCE)

  
Perdagangan Elektronik, yang juga dikenali sebagai E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. Baru-baru ini kita dapat melihat perkembangan yang pesat dalam perdagangan elektronik. Internet serta “World Wide Web” (WWW) menjadikan perdagangan elektronik lebih rendah kosnya dan dapat digunakan dengan mudah. Bahagian penting dalam perdagangan elektronik adalah dalam perdagangan syarikat dengan syarikat (B to B) walaupun perdagangan elektronik syarikat dengan pengguna (B to C) lebih mendapat perhatian umum. Perdagangan elektronik melalui Internet menjadi pelengkap kepada perniagaan tradisional.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan. Malah pembinaan satu laman web yang menyokong perdagangan elektronik adalah berkos tinggi dan hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang menawarkan perdagangan elektronik.

Kelebihan E-dagang
Negara-negara Barat telah mula mempraktikan E-dagang pada pertengahan tahun 1990-an. E-dagang telah diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu platform untuk apa jua jenis perniagaan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Salah satu kebaikan menggunakan kaedah e-dagang adalah pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dalam sekelip mata dan secara tidak langsung mengurangkan kerenah birokrasi serta pengisian borang-borang.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.  Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan.  Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen. E-dagang turut membolehkan pengguna mencari barangan yang sukar diperolehi dalam negeri misalnya.
Ironinya, semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa.  Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil Transmission Control Protocol (TCP/IP)  yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah.  Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.

E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.




Friday 28 October 2011

TEKNOLOGI PEKERJAAN DAN WANITA

   
Teknologi maklumat merupakan jaringan ilmu terkini yang memaparkan betapa hebatnya ketamadunan fikiran manusia kini. Menurut Kenneth J. Gergen dalam " The Satured Self: Dilemmas of Identity in Contemporary Life" (2000), "Dengan teknologi canggih, kita mempunyai pandangan dan nilai dari sudut dunia. Kita juga mengambil banyak isyarat dari media sehingga identiti kita terus berubah dan kembali diarahkan sebagaimana kita bergerak mengharungi lautan hubungan yang terus berubah". (Jurnal YADIM, 2011 :3 ).

 Apabila menyebut mengenai  teknologi, semua orang menyedari bahawa teknologi sering berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu. Proses kemajuan teknologi khususnya bidang industri dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang penting ke atas status dan peranan kaum wanita. Akibat daripada kedua-dua proses itu, lebih ramai kaum wanita yang mula bekerja di luar rumah pada umur yang masih muda lagi. Jelas di sini bahawa peluang-peluang pekerjaan yang baru itu telah memindahkan wanita dari ruang domestik'ke ruang awam "public" di mana mereka memegang berbagai profesion di dalam sektor-sektor industri, pentadbiran dan perdagangan.
Konsep peranan dan status seringkali digunakan bersama-sama oleh kerana hubungan yang rapat diantara kedua-duanya. Walau bagaimanapun hal  ini tidaklah bermakna  bahawa peranan dan status itu mempunyai maksud yang sama.Tegas Linton dalam mendefinasikan peranan ialah  didalam setiap masyarakat, seseorang individu lazimnya menduduki beberapa status tertentu. Setiap status yang didudukinya itu adalah peranan yang ia mesti laksanakan.

Gabungan semula peranannya pula menentukan kedudukan individu tersebut di dalam masyarakatnya.Peranan seseorang itu terjelma dalam bentuk hak dan tanggungjawab yang menghubungkannya dengan individu-individu lain di dalam kelompok yang dianggotainya.
Sewaktu membicarakan konsep peranan atau "role", Levinson(1972) berkata bahawa peranan mengandungi tiga elemen. Elemen-elemen tersebut ialah pertama, segala peraturan masyarakat, termasuk norma sosial, jangkaan-jangkaan, sistem larangan, tanggungjawab, tekanan-tekanan dan peluang-peluang yang merupakan panduan bagi seseorang individu. Elemen kedua ialah konsepsi peranan orang yang memegang peranan itu sendiri dan yang timbul dari kesedarannya tentang apa yang ia harus lakukan. Elemen ketiga ialah "role behaviour" iaitu tingkahlaku seseorang individu selaras dengan peranan dan peraturan yang telah sedia ada dalam masyarakat (Levinson dalam Hall 1972).

Dalam konteks kajian ini, Kini wanita memainkan peranan yang penting seiring dengan kaum lelaki dalam menyumbang tenaga, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang pekerjaan bagi membantu meningkatkan ekonomi negara. Dari segi struktur pekerjaan, peratusan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah tinggi disebabkan oleh pencapaian yang lebih baik dalam pendidikan. Peratusan wanita dalam kategori pegawai kanan dan pengurus meningkat daripada 4.8 peratus pada tahun 2000 kepada 5.4 peratus pada tahun 2005. Dalam kategori profesional, wanita terutamanya bekerja sebagai doktor, doktor pergigian, peguam dan arkitek. Peningkatan yang ketara juga berlaku dalam kategori perkhidmatan dan jualan, iaitu daripada 13.3 peratus pada tahun 2000 kepada 17.7 peratus pada tahun 2005 manakala jumlah wanita yang bekerja dalam pekerjaan bergaji rendah berkurang, khususnya dalam kategori operator kilang dan mesin dan pemasang.

 Perangkaan di atas menunjukkan wanita hari ini berbeza daripada dahulu. Apabila seseorang wanita celik maklumat maka mereka boleh bersaing dalam pasaran kerja. Misalnya, jika seseorang wanita itu tahu menggunakan internet, maka teknologi komunikasi ini dapat dimanfaatkan  dengan sebaiknya. Antaranya mereka dapat memperoleh maklumat atau informasi yang lebih berbanding wanita yang tidak tahu menggunakan teknologi maklumat ini. Namun wanita tersebut perlu bijak menilai kualiti maklumat yang dicari atau diperolehi melalui internet.

Ini bermakna, sekalipun seseorang wanita itu berpelajaran tinggi namun jika mereka tidak tahu menggunakan teknologi maklumat maka sedikit sebanyak ia akan memberi masalah. Ini kerana sektor pekerjaan pada hari ini bergantung kepada teknologi maklumat seperti komputer untuk menyiapkan segala kerja. Dipetik dari laman web (http://www.hbp.usm.my/methods/) yang ditulis oleh Ho Lip Wah menyatakan untuk hidup dalam zaman teknologi maklumat, jika seseorang tidak ingin dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman maka seseorang perlu celik maklumat dan mempunyai kemahiran asas sekurang-kurangnya untuk mengikuti perkembangan semasa. Bayangkanlah betapa tidak sesuai sekiranya seseorang cuba bersaing dalam dunia perdagangan pada tahun 2020 dengan menggunakan komputer Pentium 3(diubah daripada Robins, 1987).

 Oleh itu, wanita perlu peka dengan dengan keadaan semasa mengenai penggunaan teknologi maklumat ini agar ia sesuai dengan kedaan semasa. Memetik dari sumber internet yang lain (http://wangikl.utm.my/portal) yang bertajuk wanita dan teknologi menyatakan dalam era maklumat, apa yang diutamakan ialah kekuatan intelek. Kita dapat melihat situasi di mana ramai wanita merebut peluang dalam perkembangan IT untuk merealisasikan potensi. Ramai di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing dan menggunakan peluang itu untuk mencetuskan perubahan lain yang menguntungkan wanita sendiri. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti, lantas menaikkan status wanita. 

Misalnya, di Malaysia ramai wanita yang mencipta nama dalam bidang masing-masing sekaligus membanggakan seluruh wanita di mana ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh kaum lelaki. Dipetik dari myMetro bertarikh 17 MAC 2009 mengenai seorang wanita berjaya, Hazlina Puspa Hassan, 40, seorang Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Asia Pasifik F-Secure Corporation yang menggalas tugasnya secara komited walaupun dikelilingi pekerja asing termasuk dari negara asing. Katanya, “Saya lakukan tugas penuh rasa tanggungjawab bagi meletakkan kerja pada tahap tertinggi demi membuktikan wanita mampu menerajui satu rangkaian hebat jika diberi peluang”. Ini kerana memahami teknologi pengkomputeran berkaitan korporat dan melaksanakan komunikasi secara berkesan serta penuh strategik di Asia Pasifik bukan tugas yang mudah.

Namun begitu disebalik kejayaan wanita terdapat juga Masalah diskriminasi dikalangan gender terutamanya di dalam organisasi yang biasa berlaku adalah agihan pendapatan yang tidak seimbang, pembahagian jawatan tertentu dan juga polisi sesebuah organisasi. Terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek agihan pendapatan dikalangan pekerja lelaki dan juga pekerja wanita. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah memberikan bayaran gaji yang sama mengikut jawatan, namun perkara ini tidak berlaku didalam organisasi swasta. Kebiasaanya pekerja lelaki akan diberikan wang gaji yang lebih berbanding pekerja wanita. Hal ini menunujukkan wujudnya diskriminasi terhadap pekerja wanita. 

Selain itu juga, diskriminasi juga wujud dalam pembahagian jawatan tertentu. Walaupun terdapat kemajuan dari segi bilangan iaitu lebih ramai wanita menjawat jawatan profesional dan pengurusan, tetapi masih wujud juga had sekatan yang tidak dapat ditembusi oleh wanita. Golongan wanita yang dianggap lemah dan emosi dijadikan sebab mereka tidak dibenarkan memegang jawatan yang penting didalam sesebuah organisasi. Pekara sebegini tidak seharusnya berlaku, kerana gender bukan sesuatu isu yang besar untuk dipersoalkan kebolehan pekerja wanita untuk memegang jawatan yang tinggi. 

Berdasarkan laporan Berita Minggu, satu kes diskriminasi gender telah dilaporkan mengenai diskriminasi gender yang berlaku di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mana telah menetapkan supaya pramugari hanya dibenarkan mempunyai dua anak serta hak umur pesaraan pada usia 45 tahun. Beatrice Fernandez merupakan pramugari MAS yang dipecat kerana hamil dan enggan meletakkan jawatan bersesuaian dengan Persetujuan Bersama (CA) antara syarikat dan kakitangan yang mensyaratkan pramugari hamil meletakkan jawatan atau membolehkan majikan memecatnya jika enggan berbuat demikian. (Berita Minggu, 13 Mac 2005). Hal ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 8(2) 

yang menyatakan bahawa:
Kecuali sebagaimana dibenarkan secara nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, ketururunan atau tempat lahir, atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah satu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan. (Perlembagan Persekutuan, m.s 8.

Jelas menunjukan disini bahawa terdapat diskriminasi terhadap pekerja wanita walaupun pekara ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Hal sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh organisasi mahupun pihak kerajaan bagi mengelakkan pekara yang lebih teruk akan berlaku. Selain itu langkah mengatasi perlulah diambil bagi membela pekerja wanita daripada terus tertindas.
Disebalik kelebihan wanita kini semakin berjaya seiring dengan kemajuan teknologi semasa namun peranan wanita masih lagi dipersoalkan dengan masih ada masalah diskriminasi dalam semua sector pekerjaan. kita perlu sedar bahawa teknologi cumalah satu alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja, atau mesej cuma yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi, untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi.


Thursday 27 October 2011

TEKNOLOGI DAN PEKERJAAN DALAM BIDANG PROFESIONAL



Teknologi Maklumat (IT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data serta membentuk komunikasi teknologi kini yang telah digitization. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga dikatakan bakal menjadi teknologi abad ke-21 yang akan memacu pembangunan sosial dan ekonomi negara. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi keberkesanan penggunaan program dan peralatan untuk mengakses, mengembalikan, menukar, menyimpan, menyusun, memanipulasi, dan mempersembahkan data dan maklumat (Gay dan Blades, 2005). Menyedari kepentingan ICT di masa hadapan, Malaysia harus mempergunakan sumber-sumber yang ada untuk menjadi kuasa besar dalam ICT. Selain itu, kini perubahan dalam pekerjaan lebih memerlukan tenaga mesin berbanding dengan tenaga manusia. Maka mesin telah banyak mengambil alih pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia.

Menurut kepada David Zimmerman terhadap CEO Hewlett-Packard dan IBM (1995), menyatakan bahawa kedua-kedua syarikat tersebut ingin mengabungkan teknologinya untuk menjadikan salah satu aktiviti perniagaan  yang berjaya di peringkat dunia hingga ke hari ini. Sebelum ini, mereka hanya menjalankan aktiviti di sekitar eropah dan sebagainya, dan apabila menerima teknologi yang canggih yang mana lain dari yang lain maka kedua-dua syarikat tersebut berjaya menjalankan aktiviti perniagaan tersebut. Sebagai contohnya, seorang penganalisis telekomunikasi di Rutgers University di New Brunswick  NJ, dan merupakan salah seorang pengguna Hewlett-Packard, beliau menyatakan "Saya menganggap HP telah menjadi salah satu teknologi rangkaian yang  paling baik setakat ini." Dalam syarikat, IBM telah  melabur $ 100 juta untuk membangunkan peralatan rangkaian yang cepat seperti,  membawa data, suara transmission video menggunakan mod pemindahan asinkron (ATM) teknologi dan 4G. Apabila mengadaptasikan teknologi masa kini perniagaan beliau kian maju dan berjaya di peringkat globalisasi. Contoh lain seperti, Digital Equipment Corp merupakan salah satu anak syarikat HP yang membuat kemajuan dengan GigaSwitch, hub revolusi iaitu kelajuan menghantar data kepada pengguna lain(FDDI). FDDI konvensional memindahkan data sebanyak 100 Mbps, dengan beberapa saat dikongsi di antara pengguna lain dengan tersebar luas informasi yang membawa zero sum society.


Malaysia mempunyai banyak insan yang berbakat, tetapi terdapat kekurangan tenaga kerja mahir terutamanya seperti dalam bidang kejuruteraan, ICT dan teknologi tinggi. Justeru, kolaborasi dalam pembangunan sumber manusia di antara industri, organisasi sektor awam, dan akademik perlu diperkuatkan. 

Thursday 20 October 2011

TEKNOLOGI DAN AGENSI PEKERJAAN

     
 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4, teknologi ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk diaplikasikan di dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan seumpamanya. Sementalahan itu, teknologi telah dipraktiskan secara elektronik iaitu melalui penggunaan teknologi komputer dan juga telekomunikasi untuk tujuan penyebaran maklumat. Ini menunjukkan perkembangan dunia komunikasi sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi.

Peredaran teknologi juga dilihat telah memberi perubahan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya remaja lepasan dari institusi pengajian tinggi yang baru hendak mencari pengalaman dalam suasana pekerjaan. Teknologi komunikasi memberi pelbagai kemudahan dan menghubumgkan masyarakat  masyarakat dunia supaya menjadi satu mayarakat yang bermaklumat. Hampir keseluruhan negara mempunyai rangkaian telekomunikasi agar dapat berhubung dengan negara lain dan membolehkan berlakunya interaksi dengan pelbagai negara maka pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama. Bukan itu sahaja teknologi juga telah mengubah gaya hidup dari pelbagai sudut sehinggalah cara untuk mendapatkan pekerjaan.

Contohnya di Malaysia kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi dari ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. MSC memfokuskan kepada pendidikan, kesihatan, kerajaan dan pengeluaran dengan mengwujudkan rangka kerja untuk masyarakat bermaklumat. MSC memberikan projek yang lebih kepada sektor perkhidmatan. Kewujudan MSC telah mengwujudkan perniagaan interprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Kelebihan lainnya adalah kemajuan tenologi maklumat telah membekalkan kelas infrastruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. (Wang Lay Kim; Malaysian women in the information and challenges).Menurut Daniel Bell (1973),masyarakat zaman industry telah berubah secara mendadak melalui aktiviti pengeluaran berubah kepada barangan perkhidmatan yang berasaskan maklumat.

Dengan kepesatan teknologi meyebabkan peluang kian bertambah dan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara. Oleh kerana dunia telah berubah kehidupan manusia juga turut berubah kerana apabila teknologi berada dihujung jari, kita mampu untuk mendapatkan segala maklumat yang berfaedah dan tidak bermanfaat. Bagaimanapun, perkara tersebut bergantung kepada individu tersebut bagai manakah cara ia menggunakan teknologi. Mereka boleh untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat ataupun tidak . Salah satu perkara yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan teknologi adalah dengan mencari peluang pekerjaan. 

Terdapat berbagai agensi pekerjaan yang dapat membantu individu ataupun masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan. Ia hanya bergantung kepada kita bagai manakah caranya kita mengakses kepada sesuatu pekerjaan. Antara agensi yang terkenal dan sering dikaitkan dengan pekerjaan adalah Jobstreet, Yahoo, Monster.com, Mudah.my yang juga menawarkan peluang pekerjaan dan bukan sekadar menawarkan lelongan barangan. Begitu juga dengan portal kerajaan yang kini bersifat maya untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di jabatan kerajaan. Portal tersebut adalah spa8.gov.com.my. dan juga Jabatan Buruh yang turut menawarkan peluang mencari kerja kepada masyarakat secara maya. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan adanya teknologi seperti internet, masyarakat dapat mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu pergi ke pejabat buruh lagi. 

 
Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu menaip resume dan menghantar kepada organisasi yang dipilih dan dirasakan bersesuaian dengan kelayakkan, pengalaman sedia ada serta memenuhi syarat yang diingini organisasi tersebut. Kemudian pemohon hanya perlu menghantar e-mail kepada syarikat tersebut atau menelefon untuk mendapat pengesahan dari pihak organisasi tersebut. Kemudian sebarang maklumbalas dan jawapan akan diberikan melalui e-mail. Bak kata Marshall McLuhan di dalam teorinya “Global Village”, teknologi membantu memudahkan kehidupan manusia dan juga dapat menjimatkan masa serta menyebabkan manusia mempunyai banyak masa terluang.

Golongan muda seperti remaja yang menganggur atau lepasan universiti berpeluang mencari kerja sepenuh masa atau sambilan mengikut kelayakan serta kemahiran yang mereka miliki asalkan mempunyai kemahuan untuk mencari pekerjaan. Namun apa yang dapat dilihat masa kini, kebanyakkan remaja tidak menggunakan teknologi ini dengan bijak dengan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, bermain komputer games dan sebagainya di mana masa tersebut sepatutnya diluangkan dengan bagi mengasah kemahiran untuk persediaan ke alam pekerjaan nanti. Oleh itu penting untuk teknologi serba canggih ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencari peluang pekerjaan dan untuk tujuan berfaedah yang lain. Terdapat banyak agensi-agensi pekerjaan milik swata atau kerajaan di Malaysia yang boleh dicapai melalui satu klik ke website milik agensi-agensi pekerjaan tersebut, antaranya ialah:-

www.spa.gov.my -Website ini disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti diminta untuk mendapatkan peluang pekerjaan di perkhidmatan awam.
JenJOBS.com - http://www.jenjobs.com
Website ini membekalkan perkhidmatan untuk mengrekrut pencari kerja dan majikan cara terbaik untuk mendapatkan pekerja terbaik dan menjadi majikan yang bertanggungjawab.
Aspirasi Graduan - http://www.graduan.com.my
Membuka peluang dan membangunkan pekerjaan kepada graduan Malaysia.

Sumber pekerjaan online Malaysia - http://www.jobpolitan.com.my
Menjadi perhentian kepada pencari kerja han pekerja.
Jobs.mailMalaysia.WS - http://jobs.mailmalaysia.ws
Membekalkan majikan dengan akaun, dan resume secara percuma dan juga sumber kerjaya.
IT Freelance Centre (Malaysia) - http://freelance.itgo.com
CL Search Sdn Bhd - http://www.clsearchsb.com/
 
New Horizons Computer Learning Centre –
http://www.newhorizons.com.my/corporate/employment.html
Agensi Pekerjaan Timeless Gateway Sdn Bhd - http://www.aptg.com.my
C L Ng & Associates - http://www.strategyinbusiness.com
Executive Search, Recruitment, And Headhunting - http://www.aspacsearch.com
CareerVenue.com - Malaysia - http://my.careervenue.com
CareerNext - http://www.my.careernext.com
JobStreet - http://www.jobstreet.com/default.htm
 
Hampir kesemua agensi di atas menawarkan perkhidmatan pekerjaan, mengrekrut pekerja, membekalkan pengetahuan dai dalam undang-undang pekerjaan, mencari pekerja yang berbakat, sumber manusia, meyediakan perkhidmatan nasihat berkaitan dengan pengurusan pekerjadan perniagaan. Ada di antara agensi yang menyediakan pusat latihan kepada pekerja secara atas talian. Melalui teknologi manusia hanya perlu mengakses kepada apa yang mereka kehendaki dan perlu cepat bertindak mengambil peluang yang disediakan kerana persaingan amat tinggi pada masa ini.