BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 17 November 2011

TEKNOLOGI DAN PEKERJAAN DAN KESAN KEPADA MASYARAKAT


Seperti yang diketahui umum, teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta menjadi masyarakat berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara dimana kita boleh mengakses maklumat di merata-rata tempat.

Dengan kewujudan teknologi, ia mampu membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk menikmati hidup yang lebih selesa, aman dan mudah. Contohnya pada zaman sekarang dapat dilihat perkembangan teknologi komunikasi sendiri telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di seluruh dunia. Terdapat syarikat-syarikat besar seperti multinational corporation (MNC) telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Teknologi bukan sahaja memudahkan hidup dan kerja tetapi ia telah menjadikan  masyarakat itu sebagai  masyarakat yang bermaklumat.

Kesan teknologi kepada masyarakat yang sering kali dikaitkan dengan maklumat adalah tentang pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosio-budaya. Menurut  McLuhan, teknologi membawa  kebaikan kepada ekonomi. Contoh, wujudnya pasaran bebas dan tiada pendominasian oleh mana-mana pihak, walaupun kita sedari ada pihak yang mendominasi teknologi iaitu negara-negara maju yang cuba mendominasi teknologi dengan mewujudkan pasaran oligopolistik. Walaupun begitu, sedikit sebanyak ia juga telah membantu negara lain dengan memberikan peluang pekerjaan walaupun ia dianggap mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negara berkenaan.

Menurut Gunder Frank(1969) syarikat besar seperti Transnational Corporation (TNC) telah mendapat sokongan daripada kerajaan mereka. Melalui sokongan ini mereka dapat mengusai negara lain, bahan mentah, penggunaan tenaga dan pengeluaran. Negara maju telah mengusai ataupun telah mengeksploitasikan negara mundur. Keadaan ini mengukuhkan lagi negara mundur semakin mundur akibat daripada pergantungan kepada negara maju. Keadaan ini di sebut sebagai “Development of Underdevelopment”. (Thussu; 2000; Approaches to theorizing international communication.

Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai kepentingan dalam pembangunan masyarakat. Namun ia juga mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban kerana kerakusan manusia itu sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundang kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam.

0 comments: