Perkembangan teknologi yang pesat terutamanya teknologi komunikasi adalah seiring dengan kewujudan era globalisasi pada masa kini. Teknologi komunikasi secara umumnya diketahui memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan tidak mampu dipisahkan daripada kehidupan manusia disaat ini. Ini kerana ia bukan sahaja mampu menghubungkan manusia tidak kira di mana kita berada, malah dimudahkan lagi dengan penciptaan internet dan pelbagai peralatan komunikasi canggih lain seperti telefon bimbit, video konferen untuk berhubung dan mendapatkan maklumat daripada seluruh dunia di bawah konsep Global Village menurut Marshall McLuhan.
Masyarakat juga tidak terbatas dalam mendapatkan maklumat dan berhubung antara sama lain, tidak dapat dinafikan teknologi juga telah dapat membantu manusia dalam melakukan pekerjaan mereka melalui penciptaan mesin yang digunakan di kilang-kilang. Malah hasil kerja kaum wanita mudah dilakukan dengan menghantar melalui email, telefon dan computer untuk disesuaikan dengan kesibukan dan pelbagai tanggungjawab berkaitan urusan rumahtangga yang harus dipikul oleh mereka. Menurut Wang Lay Kim, teknologi dalam pekerjaan juga telah meningkatkan peluang pekerjaan apabila semakin banyak bidang kerja baru diterokai dan ini membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mendapat kerja khasnya dalam bidang ICT serta meningkatkan peranan wanita untuk bekerja, pada waktu yang sama menguruskan rumahtangga. Secara tidak langsung teknologi memberikan tiga gambaran kepada pekerjaan iaitu i)pengambilalihan beberapa kerja oleh robot, ii)perhubungan baru dalam beberapa industry dan iii)menjanjikan kembalinya talian yang kukuh dalam keluarga.
Teknologi memberi kebaikan yang banyak dalam kehidupan manusia tetapi pada masa yang sama memberi impak negative yang tidak kurang sedikit kepada manusia terutamanya pemuda-pemudi bergelar remaja. Remaja pada era moden ini merupakan golongan yang paling terdedah kepada teknologi masa kini. Ini kerana mereka adalah khalayak yang paling mudah terpengaruh dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat untuk mencuba sesuatu teknologi canggih. Terutamanya apabila semakin berkembang teknologi komunikasi dan muncul pebagai laman social yang tumbuh bagai “cendawan selepas hujan” seperti facebook, twitter, tagged dan banyak lagi yang mengandungi lambakan pelbagai sumber maklumat yang tidak ditapis. Kadang-kala mereka hanya menerima apa yan didapati daripada internet dan laman social tanpa menapis dan mengaplikasikan perkara negative yang didapati dalam kehidupan seharian mereka seperti menyebarkan gambar tidak elok, menonton atau memuatnaik video porno yang mudah didapati di Youtube iaitu laman video percuma.
Bagaimanapun, remaja seharusnya dipantau dan diawasi oleh ibu bapa mereka kerana pada usia yang masih mentah dan dianggap kurang matang, mereka boleh terjebak ke kancah yang tidak elok dan rosak pemikiran dengan pengaruh negative yang berleluasa di internet. Contohnya menurut satu kajian dari National Sleep Foundation dan Kaisar Foundation di Amerika Syarikat mendapati bahawa remaja di sana paling tidak cukup tidur berbanding koresponden umur lain kerana terlalu menghabiskan masa dengan bermain teknologi komunikasi seperti email, laman social, telefon dan banyak menonton video. Remaja seharusnya boleh dan tahu menggunakan ilmu pengetahuan yang didapati untuk menapis dan menerima perkara yang baik dalam hidup mereka. Malah internet dan teknologi komunikasi lain seperti telefon, televisyen mempunyai banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh remaja misalnya, untuk mencari pekerjaan sambilan, mendapatkan maklumat atau melakukan perkara berfaedah lain dengan teknologi tersebut kerana remaja merupakan pelapis pemimpin pada masa depan.
http://safety-blog.blogspot.com/2009/07/teknologi-dan-remaja_12.html
Sumber Rujukan/Bibliografi:
The Gutenberg Galaxy: The Making of Typographic Man (1962) and Understanding Media, Marshall McLuhan, (1964)
http://www.reocities.com/komunikasi/AK1023/13_etika_wanita_ras.pdf
Ways of seeing Malaysian women: Sketches of women in magazines in the global age (2006)
http://hairilhazlan.com/2010/remaja-dan-teknologi/
http://ictwatch.com/internetsehat/2010/02/17/semakin-banyak-remaja-ketergantungan-teknologi/http://safety-blog.blogspot.com/2009/07/teknologi-dan-remaja_12.html
http://www.anneahira.com/kehidupan-remaja-13363.htm
http://suara.um.ac.id/?p=5253
http://hidayatullah.com/read/15854/14/03/2011/revolusi-teknologi-bikin-remaja-as-kurang-tidur.html
http://www.vic.my/index.php?option=com_content&view=article&id=71:islamremaja-dan-teknologi&catid=36:teknologi-a-aplikasi&Itemid=83
0 comments:
Post a Comment